Bukan Hanya Iraq Sahaja yang Menderita Malapetaka Dibawa AS
“Kekacauan masyarakat pasca perang membuktikan Perang Iraq satu kesalahan sejak mulanya dan juga satu malapetaka.” Ini terkandung dalam rencana yang disiarkan laman sesawang mingguan Atlantic Amerika Syarikat (AS) semalam.
Pada 20 Mac dua dekad yang lalu, AS beralasan “Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran” memanggil rakan sekutunya dari kem Barat mencerobohi Iraq sehingga mengakibatkan kematian rakyat jelata sebanyak lebih 200 ribu dan lebih 9 juta orang kehilangan tempat kediaman. Dua dekad sudah berlalu, AS tetap tidak dapat menunjukkan bukti berkenaan. Yang malang itu adalah Iraq yang mengalami kesengsaraan peperangan yang serius, yang juga merupakan pentas amalan demokrasi samseng AS.
AS selaku pencetus perang bukan sahaja tidak pernah mengkaji diri, malahan juga terus menginjak-injak wilayah lain dengan bertopi demokrasi. Kementerian Luar China semalam mengeluarkan satu laporan yang bertajuk 'Keadaan Demokrasi AS 2022' untuk mendedahkan kekacauan demokrasi di dalam negeri AS dan kekacauan serta malapetaka yang diciptakannya ekoran penjajaan demokrasinya di seluruh dunia supaya orang ramai dapat mengenali dan mengetahui wajah benar demokrasi AS.
Menurut laporan itu, rakyat AS makin kecewa terhadap sistem demokrasi negaranya berikutan pergelutan antara dua parti utama yang meruncing dan politik wang yang kian berleluasa, bersuara bebas hanya cakap kosong sahaja, dan hasrat rakyat selalu terabai sistem kehakiman.
Laporan itu memetik Pew Research Center bahawa 65% warga AS menganggap perlunya membaharui sistem demokrasi negaranya, dan 57% responden menganggap AS bukanlah teladan demokrasi lagi.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, kita lebih memerlukan kedamaian pada tahun 2023 berbanding masa sebelumnya. Maklumlah bahawa kewujudan kedamaian dunia memerlukan satu prasyarat iaitu AS menghentikan lakuannya mencampuri urusan negara lain dan mencipta konfrontasi dengan alasan demokrasi. Apa yang diperlukan dunia adalah menyemarakkan demokrasi yang sebenar dan bersama-sama menambah warna demokratik kepada hubungan antarabangsa.