China Bantah Manipulasi Politik dalam Merungkai Asal Usul COVID-19

2023-03-22 14:42:38  CRI
Share with:

Ketika mengulas laporan tentang Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menandatangani "rang undang-undang asal usul koronavirus baharu". Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa pendirian China mengenai hal merungkai asal usul COVID-19 adalah konsisten, iaitu sentiasa menyokong dan menyertai usaha itu secara saintifik di samping menentang sebarang manipulasi politik yang terbabit.

Menurut Wang, AS dalam rang undang-undang tersebut memutarbalikkan hakikat berkenaan, menyebarkan maklumat palsu dan mengada-adakan dakwaan kebocoran makmal tanpa sebarang bukti yang hanya bertujuan mencemarkan nama China. Perbuatan AS itu tentulah sudah mengundang bantahan tajam daripada China.

Wang berkata, halangan bagi penyelidikan merungkai asal usul COVID-19 sebenarnya dibawa AS yang tidak bertindak memikul tanggungjawabnya, dan hanya berlagak menuding jari terhadap kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terbukti sudah menjadikan usaha melawan wabak dan mekanisme pentadbiran kesihatan global terjejas.

Wang menegaskan, pihaknya mendesak AS agar segera menghentikan tindakan mempolitikkan usaha penyelidikan merungkai asal usul COVID-19, segera membalas keprihatian dan persoalan yang  wajar dari masyarakat antarabangsa, berkongsi data berkaitan kes kebarangkalian  jangkitan koronavirus baharu pada peringkat awal di negara itu, mendedahkan maklumat tentang makmal biologi di Fort Detrick dan Universiti North Carolina  serta semua makmalnya di luar wilayah.