Koordinasi Strategik China-Rusia Penting bagi Dunia

2023-03-23 14:41:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan rasminya di Rusia pada Selasa waktu tempatan.

Pencapaian yang dibuahkan turut membuktikan lawatan kali ini bersifat  persahabatan, kerjasama dan kedamaian serta membawa makna sejarah.

Ini merupakan lawatan kali pertama selepas Xi terpilih sebagai Presiden China sekali lagi.

Dalam tempoh lawatan selama tiga hari itu, pemimpin negara China dan Rusia mengadakan perbincangan yang produktif dan bertukar-tukar pandangan secara tulus ikhlas. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperdalam Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi China-Rusia pada Era Baharu.

Semasa pertemuan bersama dengan wartawan, Xi berkata, hubungan China-Rusia jauh melampaui tafsiran dua hala dan amat penting bagi paradigma dunia serta masa depan dan nasib manusia.  

Lawatan Xi kali ini mencerminkan China yang sentiasa mengamalkan dasar luar yang berinisiatif dan bebas, memilih mengukuhkan dan mengembangkan hubungan dengan Rusia. Ini merupakan satu pilihan strategik China berdasarkan pertimbangan terhadap kepentingan sendiri dan trend pembangunan dunia, dan tidak akan berubah ekoran suatu peristiwa atau pada suatu masa.

Memandangkan beberapa negara Barat berpegang kepada mentaliti Perang Dingin untuk mengamalkan politik kumpulan dan konfrontasi blok yang dilihat boleh membawa ancaman terhadap keselamatan dan kestabilan dunia, beserta situasi antarabangsa menjadi semakin rumit, China dan Rusia kian hari kian menonjolkan peri pentingnya untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan.  

Penandatanganan Kenyataan Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia bagi Memperdalam Hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif bagi Koordinasi pada Era Baharu memperlihatkan kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang serupa terhadap situasi dunia dan banyak isu antarabangsa yang hangat.

Sebagai dua anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China dan Rusia dipercayai akan bertindak mantap menggalakkan multipolarisasi dunia dan mendorong hubungan antarabangsa berkembang ke arah demokratik, sehingga menghidupkan peranannya sebagai 'tunjang' dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Kenyataan bersama China-Rusia juga menyifatkan dialog yang bertanggungjawab sebagai laluan terbaik bagi menangani isu Ukraine secara bertahap.  

Rusia menegaskan bahawa pihaknya akan berusaha untuk menyambung semula rundingan damai secepat mungkin dan mengalu-alukan China untuk memainkan peranan positif bagi menyelesaikan krisis Ukraine melalui cara politik dan diplomatik serta memberi cadangan bersifat membina dalam dokumen “Pendirian China untuk menyelesaikan krisis Ukraine”.

Ini juga membuktikan pendirian China yang adil dan objektif dalam usaha mendorong rundingan damai, mendapat amanah dan pengiktirafan dalam lingkungan yang luas.

“Rusia memerlukan China yang makmur dan stabil, manakala China pula memerlukan Rusia yang kuat dan berjaya.” Hubungan kedua-dua negara yang teruji ini kelihatan semakin padu dan erat.

Di sebalik pergolakan dunia sekarang ini, kerjasama yang kukuh antara China dan Rusia pasti kondusif bagi usaha memacu multipolarisasi dunia dan menambah warna demokratik dalam hubungan antarabangsa serta memastikan keselamatan dan pembangunan global terjamin.