Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai

2023-03-23 12:14:09  CRI
Share with:

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Rusia pada 20 hingga 22 Mac yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, adalah  satu perjalanan yang berunsurkan persahabatan, kerjasama dan kedamaian.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Qing  Gang pada saat sebelum berakhirnya lawatan terbabit.

Menurut beliau, China dan Rusia menjunjung  tinggi prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak  ketiga sepanjang pengembangan hubungan bilateral. Pada sedekad lalu, Xi dan Putin mengekalkan interaksi erat dan saling memberi sokongan yang teguh. Dalam konteks ini, China dan Rusia berusaha mendorong Perkongsian Koordinasi Strategik komprehensif yang dipercayai bukan sahaja menyejahterakan rakyat, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan umat  manusia.

Menurut Qin Gang, sejak tercetusnya krisis Ukraine, China yang bersikap objektif dan adil, dengan aktif memujuk pelbagai pihak untuk mewujudkan rundingan damai.

China bersikap ikhlas mengusahakan kedamaian dan rundingan tanpa bermotifkan politik dan manipulasi geopolitik, dan bertindak mendorong gencatan senjata nagi mengakhiri peperangan. Ini mencerminkan China  sebagai satu negara kuasa besar sudi memikul tanggungjawab yang serasi dalam penyelesaian masalah hangat masyarakat antarabangsa pada era baharu, dan selaras dengan kepentingan dan harapan rakyat di kebanyakan negara, termasuk Rusia dan Ukraine.