Demokrasi Terbaik, Selari dengan Tata Hukum Negara

2023-03-23 10:29:41  CRI
Share with:

Satu tinjauan pendapat anjuran bersama kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Institut Pentadbiran Negara serta Pendapat Awam Universiti Renmin China mendapati, 84.8 peratus daripada responden global berpendapat tiada demokrasi yang paling unggul. Demokrasi yang selari dengan tata hukum negara sendiri dianggap yang terbaik.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan bahawa responden global menganggap hak untuk hidup, hak kedaulatan undang-undang yang bermaksud "kesaksamaan untuk semua", hak untuk pembangunan dan hak untuk meningkatkan taraf hidup sebagai yang paling penting dalam sistem demokrasi, dengan kadar sokongannya masing-masing mencatat 40.7 peratus, 29.3 peratus, 29 peratus dan 28.4 peratus.  

Menurut hasil tinjauan itu, demokrasi rakyat sepanjang proses China yang dilihat sebagai satu saluran ke arah demokrasi yang sangat berbeza dengan tradisi politik, sejarah, dan kebudayaan Barat, mendapat pengiktirafan yang menyeluruh dari para responden.

Menurut tinjauan pendapat itu, 75.4 peratus responden global berpendapat bahawa China melakar hasil pembangunan yang mengagumkan di dunia berikutan pengamalan sistem politik yang berbeza dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Kadar sokongan terhadap pandangan ini lebih tinggi di kalangan responden dari negara-negara Afrika, dengan mencatat 83.1 peratus.

Apa yang lebih menarik adalah jumlah responden dari negara-negara Afrika yang berpendapat bahawa sistem politik dan pengalaman demokratik China paling layak untuk dipelajari menduduki tempat teratas dalam ranking dunia.