CMG dan VGTRK Tandatangani MoU

2023-03-23 15:27:09  CRI
Share with:

China Media Group (CMG) dan Syarikat Penyiaran TV dan Radio All Rusia (VGTRK) menandatangani MoU kerjasama di Moscow pada Selasa sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping di Rusia.

Pada beberapa tahunn lalu, CMG dan VGTRK giat meneroka kerjasama substantif dan turut membuahkan hasil yang melimpah. Demi terus mengintensifkan pertukaran sosiobudaya China-Rusia, kedua-dua pihak memutuskan untuk membina mekanisme kerjasama rutin dan merancakkan kerjasama dalam bidang pertukaran bahan program, inovasi teknologi, pertukaran lawatan pekerja dan penerokaan pasaran. Warga media kedua-dua negara sudah diberi tugasan untuk menyuburkan persahabatan di kalangan rakyat, malah menyumbang kepada usaha mengintensifkan Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia pada era baharu.