Kapal Pembinasa AS Diusir China dari Perairan Xisha

2023-03-23 15:50:27  CRI
Share with:

Kapal pembinasa Milius milik Amerika Syarikat  (AS) yang menyerbu kawasan perairan kepulauan Xisha China secara haram, dilihat sebagai elemen perosak bagi kedamaian dan kestabilan Laut China Selatan (LCS),  dan turut dikawali malah diusir Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Menurut jurucakap penerangan Medan Selatan PLA, kolonel besar Tian Junli hari ini, pasukan yang bertugas yang berada dalam keadaan siap siaga tahap tinggi akan mengambil semua tindakan seperlunya untuk membela kedaulatan dan keamanan tanah air serta kedamaian dan kestabilan  LCS.