Forum “Demokrasi: Nilai Bersama Manusia” ke-2 Diadakan

2023-03-23 15:08:29  CRI
Share with:

Forum antarabangsa “Demokrasi: Nilai Bersama Manusia” ke-2 telah diadakan secara hibrid di Beijing baru-baru ini.

Turut hadir, lebih 300 orang selebriti politik, wakil pertubuhan antarabangsa, pakar dan sarjana dari lebih 100 buah negara dan kawasan. Yang dijadikan topik perbincangan merangkumi “demokrasi dan pentadbiran global”, “demokrasi dan kepelbagaian tamadun” serta “demokrasi dan jalan modenisasi”.


Para hadirin berpendapat bahawa demokrasi sebagai nilai bersama manusia merupakan nilai yang dikejar pelbagai negara dalam memperjuangkan modenisasi dan dasar untuk membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan. Tiada piawaian yang tetap bagi demokrasi. Oleh itu, sebarang negara tidak boleh memaksa negara lain menerima demokrasi model pilihannya. “Pengubahsuaian demokrasi” terhadap negara lain pula boleh menjadikan semangat demokrasi terjejas. Pelbagai negara dikehendaki menghormati kepelbagaian tamadun dunia, bersikap inklusif melakukan kerjasama, memupuk kesedaran komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama-sama menghadapi cabaran global.