Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat

2023-03-24 15:28:35  CRI
Share with:

Dalam tempoh sedekad lalu, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mendapat sambutan yang hangat di arena antarabangsa.

Wakil Tetap China di PBB, Zhang Jun ketika menerima wawancara China Media Group (CMG) semalam menyatakan bahawa konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping itu merupakan satu jawapan yang bersifat pedoman bagi dunia zaman ini. Sebagai satu konsep yang termaktub dalam resolusi perhimpunan PBB, ia menekankan kerjasama bersatu padu, perlindungan keselamatan bersama serta pembangunan bersama.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Presiden Xi telah berturut-turut mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Tamadun Global (GCI) yang dilihat berperanan membantu menghidupkan pembinaan komunti berkongsi nasib sesama insan dan menjadikan senarionya lebih lengkap. Menurut Zhang, China bukan sahaja menganjurkan konsep tersebut, malahan juga bersungguh-sungguh melaksanakannya secara aktif.

Laporan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) menetapkan pembinaan komunti berkongsi nasib sesama insan sebagai salah satu panduan dalam memperjuangkan modenisasi ala China.

Zhang berkata, modenisasi ala China dipercapayi boleh memberi keyakinan dan tenaga kepada dunia di samping mewujudkan lebih banyak peluang. Modenisasi dunia sama sekali tidak perlu menyeragam segala pendekatan Barat. Modenisasi ala China merupakan bukti terbaik bagi pelbagai negara sedunia terutama negara-negara membangun bahawa kita boleh merintis satu jalan pembangunan yang tersendiri di tengah-tengah pelaksanaan dasar yang berdikari dan selaras dengan tata hukum negara masing-masing.