Industri Daging Lembu Bawa Limpahan Rezeki

2023-03-24 11:18:17  CRI
Share with:

Kaunti Longhua di Chengde, provinsi Hebei berusaha mengoptimumkan industri daging lembu sebagai tonggak bagi memacu pembangunan luar bandar dan membantu kaum tani menambah pendapatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini. 

Menerusi pelaksanaan siri dasar dan inisiatif penting, kaunti itu turut membentuk rantaian perindustrian lengkap yang mengintegrasikan pembiakan lembu, penggemukan, penyembelihan, pemprosesan dan pemasaran.