Persidangan Pihak Berkontrak CNS Iktiraf Laporan China

2023-03-24 13:30:45  CRI
Share with:

Laporan China mendapat pengiktirafan dalam persidangan semakan bersama kali kel-8 dan ke-9 Pihak Berkontrak kepada Konvensyen Keselamatan Nuklear (CNS) di ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), di sini, pada Khamis.

Pada persidangan itu, delegasi China memberi taklimat tentang prestasi usaha China dalam pembinaan dan pengoperasian loji kuasa nuklear sepanjang enam tahun lalu, secara sistematik menerangkan status quo keselamatan nuklear China, prestasi penyeliaan keselamatan nuklear, tindakan penambahbaikan susulan kemalangan nuklear Fukushima, dan pelaksanaan Deklarasi Vienna mengenai Keselamatan Nuklear.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Nuklear Kebangsaan China, Dong Baotong menyatakan bahawa China selaku negara tenaga nuklear yang besar, menganggap keselamatan nuklear sebagai tanggungjawab negara yang penting.

Beliau yang juga merangkap Timbalan Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China berkata pihaknya turut mematuhi pembangunan jangka panjang tenaga nuklear di premis keselamatan, melaksanakan peraturan dan piawaian dengan ketat untuk melaksanakan penyeliaan dan pengurusan.

Dong berkata, China turut komited untuk terus menambah baik dasar keselamatan nuklear dan sistem kawal selia, meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam keselamatan nuklear, selain membina komuniti berkongsi nasib keselamatan nuklear.

Beliau turut memberi tumpuan terhadap perkongsian langkah-langkah inovatif untuk penyeliaan keselamatan nuklear reaktor baharu, berkongsi pengalaman kejayaan keselamatan nuklear China, dan menyumbang kaedah ‘penyelesaian China’ kepada pembangunan keselamatan nuklear di dunia.

Dong turut mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dengan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi dalam usaha memperkukuh kerjasama keselamatan nuklear kedua-dua pihak.

Beliau turut mengesa IAEA supaya menegakkan pendirian saintifik, adil dan telus berhubung masalah pelepasan air tercemar nuklear dari Fukushima Jepun, dan tidak menyokong pelepasan air tercemar nuklear Jepun ke laut.