Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula

2023-03-24 14:01:43  CRI
Share with:

Latihan ketenteraan bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" bermula di Pusat Latihan Gendarmerie Diraja Kemboja pada Khamis.

Naib Ketua Turus Agung Markas Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China, Mejar Jeneral Chen Mintian, Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Kemboja dan Panglima Tentera Darat Diraja Kemboja, Jeneral Hun Manet menghadiri majlis pembukaan dan menyampaikan ucapan.

Majlis itu turut  diserikan dengan kehadiran atase tentera dari sejumlah negara ke Kemboja dan pemerhati dari beberapa negara Asia Tenggara.

Latihan yang bertema “Operasi Keselamatan bagi Acara Penting dan Bantuan kemanusiaan” ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu latihan kebolehsesuaian, latihan komando dan latihan komprehensif.

Di samping itu, pihak China juga akan menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan dan pertukaran kebudayaan di Kemboja.