Shen Daming: Pengawal Sungai di Kampung

2023-03-24 13:51:05  CRI
Share with:

Shen Daming ialah seorang pengawal sungai peringkat kampung yang ditugaskan untuk menjaga Sungai Shuangyang, bahagian kampung Nanyang, provinsi Fujian.

Dalam rutin hariannya, beliau akan mengadakan tinjauan di alur sungai dan membersihkan sisa buangan dalam sungai pada pukul tiga setiap petang.

Selain itu, Shen juga akan menghalang pelepasan air tercemar ke dalam sungai, serta turut memujuk penduduk tempatan untuk tidak menangkap ikan dalam sungai.

Beliau akan mengambil gambar keadaan sungai dan berkongsinya kepada kampung-kampung di tepi sungai supaya penduduk lebih mengetahui keadaan sungai yang terkini pada setiap masa.

Untuk rekod, sistem pengawal sungai diperkenalkan oleh kerajaan China untuk mentadbir urus dan menjaga sumber air negara.

Pada 2017, Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahun baharunya mengumumkan bahawa China akan menetapkan sistem pengawal di setiap sungai dan pada tahun berikutnya, sistem tersebut dibina di semua provinsi di China.

Hasil dari usaha pembaikpulihan mutu air pula berjaya memacu industri teh di kampung Nanyang yang semakin berkembang pesat.

Jumlah keluasan penanaman teh di kawasan itu telah merekodkan 700 hektar daripda 250 hektar, dengan nilai pengeluaran mencapai sebanyak RMB113 juta (RM73.06 juta) setahun.