Lee Hsien Loong: Pencapaian Sama Menang dalam Kerangka BRI

2023-03-25 13:59:36  CRI
Share with:

Singapura menyokong pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dianggap sebuah anjuran yang amat baik. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata demikian semasa bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media Negara (CMG).

Lee berkata, China yang berada dalam pembangunan dan berjalan menuju ke arah kemakmuran, mempunyai kedudukan yang makin penting di pentas dunia. BRI di mata mereka merupakan antara kaedah China untuk menyumbang kepada pembangunan serantau. Pelaksanaan BRI kondusif bagi China menyertai kerjasama dan jaringan serantau untuk memperjuangkan pencapaian yang saling menguntungkan dan menang-menang, dan sudah mendapat sambutan dari seluruh serantau ini.

China mempunyai kemampuan pembinaan dan juga pembiayaan dana bagi pembangunan infrastruktur yang dilihat adalah mustahak bagi pembangunan serantau, dan juga kondusif bagi China mengembangkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara serantau. Dengan adanya BRI, kita mendapat sebuah rangka untuk melaksanakan visi dan misi tersebut.

Menurut Lee Hsien Loong, adalah sangat penting untuk menjalinkan hubungan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dengan China, entiti ekonomi paling besar di rantau ini.  Maka, Singapura menyokong pelaksanaan BRI yang membawa makna terbabit.