Hubungan Ekonomi China-ASEAN Selari dengan Keselamatan Politik

2023-03-25 16:02:46  CRI
Share with:

Antara China dan ASEAN bukan sahaja hubungan ekonomi tetapi juga isu politik dan keselamatan. Ada beberapa masalah yang mendesak perlu ditangani, seperti Kod Tatalaku Pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan (CoC) yang berada dalam perbincangan kedua-dua pihak pada masa ini. Konsensus tidak mudah dicapai, tetapi kedua-dua pihak tetap berusaha dalam memperjuangkan kemajuan baharu. Perdana Menteri, Singapura Lee Hsien Loong berujar demikian semasa temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG).

Beliau berkata, hubungan ASEAN -China amat baik. Hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak akan berkembang semakin erat jika hubungan dalam bidang lain kekal baik. Dengan kata lain, hubungan ekonomi dan perdagangan yang baik kondusif bagi mendorong penyelesaian masalah yang lain.