Projek Kerjasama China-Singapura, Teladan Kerjasama Berkualiti Tinggi

2023-03-25 15:57:22  CRI
Share with:


Singapura dan China menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1990 dan kedua-dua negara ini saling mempercayai dan saling memahami. Perdana Menteri, Singapura Lee Hsien Loong berujar demikian semasa temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG).Kedua-dua pihak telah menjalankan projek antara kerajaan dengan jayanya, antaranya Taman Industri Suzhou dianjugerah sebagai zon penerokaan ekonomi China yang paling baik untuk tujuh tahun berturut-turut. Manakala projek kota ekologi Tianjin yang dimulakan pada 15 tahun yang lalu sudah menjadi contoh yang baik dalam bidang pembangunan lestari bandar dan mesra ekologi.Menurut beliau, projek kerjasama ketiga antara kerajaan kedua-dua pihak adalah kesalinghubungan Chongqing iaitu laluan pengangkutan perdagangan darat dan laut antarabangsa yang melibatkan Chongqing, Guangxi dan teluk Beibu. Laluan ini berperanan memendekkan jarak perhubungan China dengan negara Asia Tenggara dan tempat lain di dunia, yang dilihat sumbangan besar kepada pembinaan bersama dalam kerangka pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).Selain itu, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang lain juga dipercepat antaranya termasuk kerjasama antara China dengan Agency for Science, Technology and Research (A*STAR).