Laluan Pengangkutan Kereta Api-Laut Ankang-ASEAN Beroperasi
Kereta api No.88392 muatan bahan panel bertolak dari Ankang, provinsi Shaanxi semalam dan meneruskan perjalanannya menuju ke Jakarta, Indonesia dengan transit di hab Chongqing, dan ke luar wilayah dari pelabuhan Qinzhou, wilayah Guangxi. Perjalanan sepanjang 5,135 kilometer itu dijangka memakan masa 15 hari.
Dimaklumkan, larian No.88392 itu menandakan perasmian operasi pengangkutan bersama kereta api-laut Ankang-ASEAN, yang boleh menjimatkan 5 hari kalau dibanding dengan masa pengangkutan sebelum ini. Dengan adanya laluan baharu darat-laut itu, perusahaan perdagangan luar dapat menikmati perkhidmatan logistik berkecekapan lebih tinggi melalui pengangkutan kargo yang lebih mudah dan penjimatan kos dari aspek masa.