Pecah Tanah untuk Tanaman Anggur yang Terkubur di Turpan

2023-03-27 11:45:57  CRI
Share with:

Buah anggur hasilan Turpan mempunyai reputasi yang tinggi di dalam dan luar negara. Baru-baru ini, para petani kelihatan sudah memulakan kerja perladangan di kawasan kebun seluas 36,000 hektar di bandar itu. Sebagai satu kebiasaan, petani tempatan mengebumikan pokok anggur sebelum ketibaan musim sejuk, kemudian mengeluarkannya dan meletakkannya di atas junjung pada permulaan musim bunga tahun depan. Ini adalah untuk membantu tanaman itu mempertahankan kesejukan dan dilihat berfaedah bagi pertumbuhannya. Dengan adanya junjung anggur yang sudah diubahsuai pada beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai petani di Turpan memilih memecah tanah dengan menggunakan mesin, yang terbukti bukan sahaja boleh menjimatkan kos tetapi juga boleh meningkatkan keefisienan pekerjaan.