Pusat Media BFA Dirasmikan

2023-03-27 14:48:13  CRI
Share with:

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2023 bakal diadakan di Boao, provinsi Hainan di selatan China pada 28 hingga 31 Mac. Pusat media sidang tahunan kali ini dirasmikan hari ini untuk menyambut kedatangan wartawan tempatan dan asing.

Setakat ini, lebih 1,000 wartawan telah berdaftar untuk membuat laporan tentang forum tahun ini.

Penaiktarafan terhadap struktur dan fasiliti telah dijalankan terhadap pusat media supaya ia lebih mesra alam.

Selain pembaikpulihan terhadap struktur luar bangunan, penaiktarafan kemudahan dan penggunaan teknologi tenaga baharu, serta bekalan tenaga hijau juga telah diwujudkan.

Sidang tahunan BFA edisi kali ini akan berlangsung selama empat hari, dan lebih 40 sub-forum akan diadakan.