AS Kekurangan Dasar Jelas Tangani Krisis Perbankan: Pakar

2023-03-27 14:44:14  CRI
Share with:

Finacial Times Britain dalam ulasan pada Ahad menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh Pengerusi Lembaga Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen untuk menangani krisis perbankan di negara itu mencerminkan bahawa pihak berkuasa AS hendak menghapuskan rasa panik yang merebak dalam pasaran kewangan di samping meredakan permintaan mendadak di bank, nanun kedua-dua mereka menolak untuk memberikan dasar yang jelas untuk menyelesaikan krisis itu.

Pakar kewangan memberi amaran bahawa tindakan yang antinomi tersebut mengakibatkan ketidakpastian pasaran kewangan dan pergolakan pasaran. Sekiranya ketidakpastian itu berlarutan, kerugian yang ditanggung oleh bank kecil akan meningkat dan kemungkinan kepulangan semula pelanggan bagi bank akan menjadi semakin tipis pada masa akan datang.