Ulang Tahun Ke-24 Pengeboman NATO terhadap Yugoslavia

2023-03-28 18:48:38  CRI
Share with:



Hujung minggu lalu, Satria sempat menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada kawan semeja di menara gading. Cuma pada hujung ucapan, Satria tambah, “dan sempena ulang tahun ke-24 pengeboman Amerika terhadap Yugoslavia.”

 

Hari jadi kami berdua mudah diingati kerana hari jadinya adalah tarikh Amerika melancarkan serangan udara tanpa mandat PBB terhadap Yugoslavia, iaitu negara yang kini telah terpecah menjadi Serbia dan Montenegro. Manakala hari jadi Satria pula adalah tarikh Amerika mencerobohi Iraq dengan alasan “senjata kimia”.

 


24 Mac lalu, Presiden Serbia, Aleksandar Vučić bersama dengan para pegawai kanan kerajaan menghadiri majlis peringatan dan berkata, “Kalau boleh, kami akan memilih memaafkan. Walaupun begitu, ia tidak akan dilupakan sehingga ke hujung nyawa.”

 

Beliau turut mempersoalkan pemimpin NATO dengan bertanya, “siapakah memberi hak kepada mereka untuk membunuh 2000 orang penduduk tempatan dan mendalangi pemberontakan di sebuah negara berdaulat?”

 

Tapi pada hari yang sama, Duta Besar Amerika ke Serbia, Christopher R. Hill menyatakan melalui akaun Twitter bahawa beliau selalu berusaha mencari penyelesaian diplomatik untuk pelbagai masalah yang rumit. Dan beliau turut menyedari bahawa kadang kala usaha diplomatik akan menemui kegagalan, dan apabila ia berlaku, akibatnya pula adalah tragik.

 

Ada netizen telah menterjemah kenyataan ini yang bermaksud, “jika tidak mematuhi arahan kami, kamu akan mengalami pengeboman, ini dipanggil demokrasi.”

 

Christopher turut yakin penduduk Serbia cukup kuat untuk mengetepikan kebencian dan Amerika akan mengekalkan hubungan rakan yang kukuh dengan Serbia, sebagai perjanjian diplomatik.

 

Hubungan rakan yang kukuh ini jelas tidak melibat bantuan kepada penduduk Serbia dalam pandemik sehingga Presiden Aleksandar Vučić yang setinggi kira-kira 2 meter ini menangis dalam sidang akhbar dan meminta bantuan dari China.

 

Memandangkan sikap Serbia terhadap NATO dan Amerika serta pendirian memihak kepada China dan Rusia sejak pandemik COVID-19, Satria melihat ini lebih macam sejenis ancaman untuk “penyelesaian bukan diplomatik”.

 

Ancaman yang seumpama ini juga telah dihadapi oleh Hungary, jiran Serbia yang kini hubungan bilateral semakin rapat dan pendiriannya mirip mengenai hegemoni Amerika, perang Rusia-Ukraine serta hubungan dengan China.

 

Ketika diwawancara oleh media Belanda kelmarin, Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto menyatakan secara terus terang bahawa kerajaan Hungary berpendirian konsisten dalam memelihara kepentingan negara, menolak arahan dan campur tangan dari luar. Tapi ini tidak disukai oleh Amerika. Akibatnya, kini Hungary pula telah dilihat sebagai lawan oleh negara itu.

 

Bagi Amerika, dosa Serbia dan Hungary mungkin juga kerana mereka aktif menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan. Kerata api berkelajuan tinggi yang menghubungkan kedua-dua negara telah beroperasi selama setahun dengan bantuan China. Perjalanan selama 90 minit dulu dipendekkan menjadi 30 minit. Perkhidmatan itu telah disediakan kepada kira-kira 3 juta penumpang pergi balik antara kedua-dua negara. Selain itu, pelaksanaan projek itu turut menyediakan latihan kemahiran untuk ramai staf tempatan.

 

“The Balkan Powder Keg” meskipun berbahaya, tapi “ketidakstabilan yang terkawal” membantu menjamin keselamatan dan kepentingan beberapa kuasa besar di Eropah.

 

Justeru, kesalinghubungan dan kemakmuran di Semenanjung Balkan tidak bersesuaian dengan strategik pelbagai kuasa utama Barat. Ini juga punca konflik yang tidak boleh dihentikan di beberapa rantau yang lain di dunia.