Menteri Luar Malaysia akan Lawat China
2023-03-28 19:45:03 CRI
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan kunjungan ke China dari 28 hingga 29 Mac, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Selasa.
Menurutnya, sempena lawatan julung-julung kalinya ke China sejak Zambry dilantik sebagai Menteri Luar Malaysia, beliau akan mengadakan rundingan dengan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang. Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau yang menarik perhatian bersama, serta membuat persiapan tentang pertemuan pemimpin kedua-dua negara.