Tujuh Maut Kes Tembakan di Sekolah Rendah AS

2023-03-28 15:14:49  CRI
Share with:

Kes tembakan besar-besaran berlaku di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville, Tennessee Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, mengakibatkan tujuh orang mati, termasuk penembak dan tiga kanak-kanak.

Menurut polis tempatan, penembak berkenaan ialah seorang wanita berusia 28 yang membawa beberapa senjata api termasuk sekurang-kurangnya dua senapang separa automatik dan sepucuk pistol.

Keputusan siasatan awal mendapati bahawa penembak itu kemungkinan mengikuti pelajaran di sekolah itu, namun identiti dan motif penambak masih belum diketahui.

Menurut statistik laman web Gun Violence Archive (GVA), sehingga 27 Mac lalu, sebanyak 9,800 orang diragut nyawa akibat keganasan senjata api di AS pada tahun ini, antaranya kira-kira 400 kanak-kanak dan remaja.