Hak Asasi Manusia Ala AS, "Mimpin Buruk" Betul

2023-03-29 14:26:06  CRI
Share with:

Tanggal 27 Mac ialah hari yang amat menyedihkan bagi kebanyakan keluarga di Amerika Syarikat (AS). Pada pagi hari itu, kes tembakan berlaku di sebuah sekolah rendah di Nashville,Tennessee dan meragut nyawa tiga kanak-kanak berusia sembilan tahun dan tiga orang dewasa.

Ini kes tembakan di sekolah yang paling teruk sejak kes tembakan berlaku di sekolah rendah Robb pada Mei 2022.

Seperti yang disebut oleh Presiden Joe Biden, tragedi seumpama itu adalah "mimpin paling buruk" bagi setiap keluarga.

Mengapa "mimpi buruk" seumpama itu sering berlaku di AS? Ini pasti ada sebabnya. Laporan tentang pencabulan hak asasi manusia AS 2022 yang dikeluarkan kerajaan China telah menjelaskan hakikatnya kepada dunia.

Laporan yang mengandungi 18,000 perkataan itu menggunakan sejumlah besar kes benar dan statistik menunjukkan hak dan kebebasan asas rakyat AS semakin dikosongkan dalam setahun lalu, serta status hak asasi manusia di negara itu mengalami "kemunduran ikonik".

Menurut laporan tersebut, kes tembakan telah menjadi punca paling utama bagi kematian kanak-kanak di AS. Kes tembakan yang berlaku satu demi satu di sekolah menjejaskan keyakinan rakyat AS terhadap keselamatan negara, sekali gus membongkar kemunafikan dan keburukan AS yang melabelkan diri sebagai "pembela hak asasi manusia".

Keselamatan nyawa warga tidak dapat terjamin, pilihan raya ala AS telah menjadi permaian golongan kaya. Diskriminasi ras semakin teruk, jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golong miskin kian besar. Kesemua ini merosakkan fahaman rakyat AS terhadap demokrasi dan hak asasi manusia di negara sendiri.

Menurut keputusan tinjauan yang diumumkan portal NBC AS pada 9 November 2022, sebanyak 72 peratus pengundi dari Parti Demokratik, 68 peratus pengundi dari Parti Republikan, dan 70 pengundi tidak berparti menganggap demokrasi menghadapi ancaman di negara itu.

Mengapa orang awam berasa putus asa tentang demokrasi dan hak asasi manusia ala AS? Wang dan percaturan parti politik ialah dua kata kunci bagi pertanyaan tersebut.

Di AS, politik diculik oleh modal, manakala hubungan "wang dan pulangan" adalah stabil. Apa yang disebut "dimiliki rakyat, diperintah rakyat, dan untuk rakyat" menjadi kata-kata kosong.

Ditinjau dari percaturan parti politik pula. Dalam tempoh kira-kira 30 tahun lalu, polarisasi politik menjadi ciri-ciri paling nyata di AS.

Menurut laman web GovTrack, jumlah penggubalan undang-undang daripada 4,247 oleh Kongres ke-93 hingga ke-98, menurun kepada 2,081 pada Kongres ke-111 hingga ke-116. Apabila kepentingan parti dan blok diutamakan, kepentingan rakyat hanya diketepikan.

Kerajaan AS mengabaikan situasi hak asasi manusia yang buruk di negara sendiri, tetapi menjadikan hak asasi manusia sebagai senjata untuk mencampuri urusan dalaman negara lain, serta mencetuskan pertentangan, perpecahan dan huru-hara di dunia.

Fakta membuktikan bahawa tidak kira betapa cantiknya alasan, matlamat sebenar pemerintah AS adalah untuk memelihara kepentingan golongan tertentu di dalam negeri dan menjalankan hegemoni di luar negara. Memandangkan situasi hak asasi manusia yang buruk di negara itu, manakah datangnya alasan ahli politik AS menuding jari terhadap isu tersebut di negara-negara lain? Hak asasi manusia ala AS menjadi“mimpin buruk paling besar” bagi rakyat AS malah dunia.