E-hailing DiDi Robotaxi Beroperasi di Guangzhou

2023-03-29 13:32:39  CRI
Share with:

Teksi kumpulan pertama yang berkelayakan terlibat dalam perkhidmatan e-hailing DiDi Robotaxi mula beroperasi secara demonstrasi di daerah Huadu, bandar Guangzhou baru-baru ini.

Teksi yang becirikan perkhidmatan pemanduan automatik tersebut boleh ditempah melalui aplikasi DiDi Robotaxi yang dimuat turun pada telefon pintar, dan tambangnya dibayar mengikut jarak dan masa yang terlibat.

Industri automobil berkembang cepat ke arah yang berkualiti tinggi di daerah Huadu, Guangzhou. Perkhidmatan teksi pintar berdasarkan pembinaan jalan raya pemanduan secara pintar serta sistem kawalan awan dan lalu lintas pintar merupakan salah satu pencapaian yang menonjol.