Zon Industri Kelengkapan Besbol Terbesar di China

2023-03-29 15:40:09  CRI
Share with:

Suasana sibuk boleh terasa selepas berakhirnya percutian Tahun Baharu Cina (TBC) di Zon Industri Miaoqian berkaitan pelaburan Taiwan di kaunti Liancheng, provinsi Fujian. Perusahaan-perusahaan yang bertapak di zon kluster industri kelengkapan besbol yang terbesar di China itu mengharapkan rezeki besar pada permulaan tahun 2023 berkat surat tempahan yang diterima mereka dari dalam dan luar negara dalam bilangan besar.