TikTok Diibaratkan 'Trojan Horse', Satu Lagi Hegemoni AS

2023-03-29 14:32:18  CRI
Share with:

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyalahgunakan kuasa negara untuk mengekang syarikat berkaitan telah melanggar prinsip ekonomi pasaran dan persaingan adil yang selalu disebutnya. Inilah satu lagi bukti hegemoni AS.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Selasa.

Menurut laporan, seorang pegawai kanan AS menyebut TikTok sebagai "cabaran strategik" dan mengibaratkannya sebagai "Trojan horse".

Mengulas kenyataan itu, Mao berkata bahawa tindakan pihak AS bukan sahaja menjejaskan kepentingan syarikat dan rakyat AS, malah juga akan memburukkan reputasi negara dan keyakinan pelabur terhadap iklim perniagaan di negara itu.