Yu Lamei, Pakar Obstetrik Penuh Kasih

2023-03-29 16:20:46  CRI
Share with:

Yu Lamei, seorang pakar obstetrik penuh dedikasi yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jiangxi di tengah China.

Pada November 2018, Yu memulakan perjalanannya di benua Afrika apabila beliau secara sukarela menyertai kumpulan ke-23 pasukan bantuan perkhidmatan perubatan ke Tunisia.

Yu berjaya menyelesaikan misinya dan kembali ke Nanchang, ibu kota provinsi Jiangxi setahun kemudian.

Selepas tercetusnya pandemik COVID-19 pada awal 2020, beliau yang genap tiga bulan balik ke tanah air menghantar petisyen kepada kliniknya untuk menyertai pasukan bantuan perubatan ke provinsi Hubei.

Sejurus itu, Yu dikerah bertugas di Hospital Pusat Suizhou, provinsi Hubei untuk membantu kerja pembedahan dan rawatan wanita hamil dan bersalin yang dijangkiti COVID-19.

Di telefon bimbitnya, beliau menyimpan sekeping foto yang disifatkannya sebagai istimewa.

Foto itu merekodkan detik kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3 kilogram di bilik pembedahan Hospital Pusat Suizhou tepat pukul 4.16 petang 14 Februari 2020.

Bayi ini adalah yang pertama dilahirkan atas bantuan pasukan perubatan dari Jiangxi.

Apabila varian Omicron menular pada 2022, Yu dan rakan sekerjanya telah membantu proses bersalin membabitkan hampir 200 wanita yang dikesan positif dan lebih 150 lagi yang diuji negatif.