China, Malaysia Perkukuh Kerjasama dan Persahabatan
China dan Malaysia perlu terus memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan dan memantapkan ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.
Demikian ujar Menteri Luar China, Qin Gang ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di Beijing pada Selasa.
Beliau berkata, selaku negara membangun dan ekonomi baru muncul yang penting di Asia, China dan Malaysia harus membentuk sinergi kukuh untuk melawan segala risiko serta cabaran.
“Berperanan sebagai kuasa progresif di pentas antarabangsa, kedua-dua negara ini (China dan Malaysia) harus memberi sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan serta kemakmuran rantau dan dunia,” kata beliau.
Dalam pada itu, Zambry menyatakan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China akan melonjakkan hubungan Malaysia-China ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut menyuarakan kesediaan Malaysia untuk berganding bahu dengan China ke arah memelihara ketenteraman rantau dan membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.