'Sidang Kemuncak Demokrasi' yang Cetuskan Konfrontasi Tak Diperlukan
"Sidang Kemuncak Demokrasi" ke-2 yang dianjurkan Amerika Syarikat (AS) diadakan pada 29 hingga 30 Mac. AS mengundang Costa Rica, Belanda, Korea Selatan dan Zambia untuk menjadi hos bersama demi memaparkan perwakilan yang meluas. Namun taktik ini sukar untuk menutup inti pati "Amerika-sentrisme".
Seorang sarjana dari Pakistan menyatakan bahawa "sidang kemuncak demokrasi" edisi ini bukanlah untuk menyatukan dunia, sebaliknya memecah belahkan dunia. Orang awam mengetahui bahawa inti pati "sidang kemuncak" ini hanya untuk memecahbelahkan "kem demokrasi dan bukan demokrasi" mengikut standard AS, yakni memelihara hegemoni AS dan mengekang "negara penentang" atas nama demokrasi.
Dalam pada itu, agenda dan topik sidang itu yang diumumkan pihak AS adalah hipokrit dan tidak masuk akal. Walaupun skor demokrasi AS sangat rendah, namun kehendaknya untuk mengeksport demokrasi ala AS tidak berkurangan.
Mempromosikan "Doktrin Monroe Baharu" di Amerika Latin, mencetuskan "revolusi warna" di Eurasia, mencetuskan apa yang dipanggil "Arab Spring" di Asia Barat dan Afrika Utara... Demokrasi ala AS telah membawa pergolakan berterusan dan bencana hak asasi manusia kepada dunia selama bertahun-tahun.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh institusi penyelidikan, 43% responden di dunia beranggapan demokrasi di negara mereka diancam oleh AS.
Demokrasi ialah nilai bersama umat manusia, dan AS tidak berhak untuk memonopoli hak mendefinisi dan menilai demokrasi.
Untuk menyelesaikan krisis global semasa ini, apa yang diperlukan adalah persidangan perpaduan dan kerjasama, bukanlah "sidang kemuncak demokratik" yang mencetuskan konfrontasi. Sudah pasti bahawa tak kira berapa banyak "sidang kemuncak demokrasi" dianjurkan AS, ia nescaya akan berakhir dengan kegagalan.