Hubungan Honduras-China Penuh Peluang: Menteri Luar Honduras

2023-03-30 14:52:02  CRI
Share with:

Penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Honduras adalah aspirasi bersama rakyat kedua-dua negara dan trend sezaman. Perkembangan hubungan kedua-dua negara penuh manfaat peluang.

Demikian ujar Menteri Luar Honduras, Eduardo Reina dalam temu bual eksklusif dengan China Global TV Network (CGTN) di Bejing pada 28 Mac.

Eduardo Reina berkata bahawa lawatan beliau ke China kali ini merupakan lawatan bersejarah yang berjaya merealisasikan visi Presiden Xiomara Castro untuk menjalin hubungan luar yang lebih terbuka, serta lebih aktif terlibat dalam pembangunan dunia.

Menyentuh tentang pihak berkuasa Taiwan pimpinan Tsai Ing-wen yang mencari "kemerdekaan Taiwan", Reina berkata bahawa Honduras telah membuat keputusan yang tegas untuk mengiktiraf prinsip satu China. Lawatannya kali ini adalah untuk mengukuhkan keputusan itu.

Reina mempunyai harapan tinggi terhadap prospek perkembangan hubungan kedua-dua negara. Beliau berharap Honduras dan China akan mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, kebudayaan, kemasyarakatan dan membina hubungan yang saling menguntung.