Modenisasi Ala China, Model Pembangunan yang Baharu

2023-03-30 12:17:58  CRI
Share with:

Modenisasi ala China menjadi topik hangat di dalam dan luar negara, sekali gus menawarkan model pembangunan yang baharu kepada dunia.

Pandangan tersebut disuarakan oleh para peserta dalam subforum bertemakan "modenisasi ala China" sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) pada Rabu.

Ketika menyentuh pengaruh modenisasi ala China terhadap dunia, para peserta rata-rata menyatakan bahawa China berjaya membantu banyak negara membangun menambahbaik keadaan ekonomi dalam proses merealisasikan modenisasi sendiri, di samping memberikan sumbangan besar untuk memelihara kestabilan serantau.

Mereka menyatakan bahawa kejayaan amalan modenisasi ala China menawarkan contoh kepada negara-negara membangun lain untuk meneroka jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri.