PKC Aturkan Kerja Pendidikan tentang Pelaksanaan Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu

2023-03-30 17:14:27  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengadakan pendidikan bertemakan pelaksanaan fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu bermula April nanti.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Menurut pengaturan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, pendidikan bertemakan pelaksanaan fikiran Xi Jinping mengenai Sosialisme bercirikan China pada era baharu akan dijalankan di seluruh Parti, menggunakan teori inovasi Parti untuk menyatukan fikiran, tekad, dan tindakan, menyemarakkan semangat penubuhan Parti, mengingati “tiga mustahak”, agar mendorong seluruh anggota Parti berbakti kepada pembinaan negara sosialis moden secara komprehensif dan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa secara komprehensif.