Pergiat Pembelajaran dan Pelaksanaan Fikiran Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu: Xi

2023-03-31 16:14:48  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pempelajaran kolektif kali keempat tentang pembelajaran dan pelaksanaan Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu, pada petang 30 Mac.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran tersebut menegaskan, penganjuran sesi pempelajaran kolektif kali ini adalah untuk memberikan demonstrasi dan menggalakkan seluruh Parti mempergiat pembelajaran dan pelaksanaan Fikiran Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu.

"Sosialisme bercirikan China pada era baharu adalah satu sistem saintifik yang komprehensif. Ia meliputi pelbagai aspek termasuk pembaharuan, pembangunan, ketenteraman, urusan domestik dan diplomatik, pertahanan, serta tadbir urus Parti, negara dan tentera.

"Kita perlu membelajari dan menguasai fikiran tersebut secara komprehensif dan sistemasik, di samping mempraktikannya dalam kerja masing-masing,"ujar Xi.