Zhao Leji Ditemui Lee Hsien Loong
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhao Leji bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Dewan Besar Rakyat, Beijing hari ini.
Zhao menyatakan bahawa China memandang Singapura sebagai rakan kerjasama yang penting, dan bersedia mempergiat kerjasama praktikal dengan Singapura dalam pelbagai bidang, bersama-sama membina inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta bersama-sama memelihara kemakmuran dan kestabilan serantau.
Zhao menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, yang memberikan pelan China untuk merungkai masalah pembangunan dan keselamatan global serta menggalakkan kemajuan tamadun manusia. China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk mempercepat pelaksanaan beberapa inisiatif penting tersebut.
Zhao menyatakan, pihaknya bersedia untuk meningkatkan interaksi dengan kongres Singapura, melaksanakan komunikasi perundangan dalam sektor baru muncul, tadbir urus masyarakat, dan jaminan kesejahteraan rakyat, supaya dapat memberikan jaminan perundangan kepada peningkatan kerjasama antara kedua-dua negara.
Lee Hsien Loong pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk mengintensifkan penyelarasan strategik dengan China, memanfaatkan platform kerjasama kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang demi menyumbang kepada perkembangan hubungan perkongsian berorientasikan masa depan seluruh aspek dan bermutu tinggi.