Macau Keluarkan Setem Peringatan Ulang Tahun Ke-30 Pengkuatkuasaan Undang-Undang Asas Macau

2023-03-31 15:15:27  CRI
Share with:

Pejabat Pos Wilayah Pentadbiran Khas Macau mengumumkan pihaknya akan mengeluarkan setem peringatan ulang tahun ke-30 penguatkuasaan Undang-Undang Asas Macau pada 31 Mac.

Ketua Pengarah Pejabat Pos Macau, Derby Lau memberitahu bahawa reka bentuk setem mengandungi elemen The Ruins of Paul, bunga teratai keemasan, Muzium Sains Macau, serta imej orang memegang bendera kebangsaan, bendera wilayah Macau serta buku Undang-Undang Asas Macau.

Elemen-elemen tersebut menggambarkan masyarakat tempatan Macau menyokong Undang-Undang Asas, dan penduduk Macau hidup sejahtera dan sentosa dengan jaminan undang-undang tersebut.