China, Sepanyol Lancar Aktiviti Kembara Budaya

2023-03-31 14:28:26  CRI
Share with:

Aktiviti ‘Kembara Budaya China-Sepanyol’ anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Budaya dan Sukan Sepanyol dilancarkan pada Khamis sempena jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya berkata kerjasama China-Sepanyol yang mampan dan bersifat pelbagai menjadi pemacu kepada pemodenan dan keterbukaan kedua-dua negara.

Beliau menyifatkan interaksi budaya yang konsisten dan berkesan sebagai asas pertukaran China-Sepanyol dalam pelbagai bidang.

Menurut Shen, selain penayangan filem dokumentari bagi mengimbas kembali sejarah perhubungan dua negara, aktiviti kembara budaya itu juga akan menawarkan sesi interaksi yang bertemakan karya seni.

Antara pengisian lain termasuk forum, penstriman langsung menerusi media baharu dan aktiviti liputan yang disusun atur untuk memaparkan pesona istimewa kedua-dua negara serta kerjasama antara bandar kembar.

Sementara itu, Menteri Budaya dan Sukan Sepanyol, Miquel Iceta menyifatkan budaya sebagai jambatan interaksi yang menghubungkan kedua-dua negara.

Beliau berharap aktiviti kali ini membolehkan China dan Sepanyol lebih mengenal dan memahami budaya satu sama lain.