China Lancar Satelit Penderiaan Jauh PIESAT-1

2023-03-31 14:26:59  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan satelit PIESAT-1 dengan roket pembawa Long March-2D pada petang Khamis.

PIESAT-1 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, utara China pada pukul 6.50 petang, dan kemudian memasuki orbit yang ditetapkan .

PIESAT-1 yang terdiri daripada empat satelit penderiaan jauh itu boleh menjalankan pencerapan seluruh cuaca terhadap bumi dan menawarkan perkhidmatan data penderiaan jauh kegunaan komersial.