Feri Terbakar di Filipina, 29 Maut

2023-03-31 12:30:41  CRI
Share with:

Sebuah feri yang membawa 252 orang terbakar di provinsi Basilan pada malam 29 Mac, mengakibatkan 29 orang maut dan 7 lagi masih hilang.

Pasukan Pengawal Pantai Filipina memberitahu bahawa feri itu membawa 205 penumpang, 35 anak kapal, empat anggota Pasukan Pengawal Pantai dan lapan anggota tentera.