Iran Sokong Keputusan ICJ

2023-03-31 14:30:04  CRI
Share with:

Kementerian Luar Iran mengeluarkan kenyataan, menzahirkan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai pembekuan aset syarikat Iran oleh Amerika Syarikat (AS) adalah haram pada Khamis. Katanya, keputusan tersebut menunjukkan kerasionalan dan kesahihan tuntuntan Iran berkaitan.

ICJ yang bertempat di The Hague, Belanda membuat keputusan bahawa tindakan AS yang membekukan aset syarikat Iran adalah tidak sah, dan menuntut AS membayar pampasan.