Zhao Leji Ditemui Anwar Ibrahim

2023-03-31 23:23:18  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhao Leji ditemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Besar Rakyat, Beijing hari ini.

Zhao mengatakan bahawa China dan Malaysia ialah negara membangun dan pasaran baru muncul di Asia, berada di fasa pembangunan serupa, dan mempunyai kepentingan bersama yang meluas. Selain itu, kedua-dua negara ini mempunyai falsafah dan jalan pembangunan yang serupa, dan berkongsi masa depan yang sama.

Beliau berkata, China bersedia meningkatkan komunikasi strategik dengan Malaysia, mempergiat kerjasama praktikal bermutu tinggi, menggalakkan lawatan dalam kalangan rakyat dan komunikasi ketamadunan, agar mewujudkan situasi budaya berintegrasi dan rakyat saling memahami.

Beliau menegaskan bahawa NPC bersedia memperkasakan interaksi dengan parlimen Malaysia.

Anwar pula mengatakan bahawa China ialah sahabat dan jiran akrab bagi Malaysia. Kedua-dua negara ini ialah komuniti berkongsi nasib yang mempunyai konsep dan nilai yang sama.

Beliau menyatakan, Malaysia mendapat banyak manfaat daripada kerjasama dengan China. Pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), merapatkan komunikasi antara badan perundangan agar menyumbang kepada peningkatan hubungan Malaysia-China ke tahap baharu.