Durian Segar Vietnam Dieksport ke China Melalui Pelabuhan Udara

2023-03-31 14:35:09  CRI
Share with:

Sebuah pesawat kargo yang membawa kira-kira 500 kilogram durian segar berlepas dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu Nanning di Guangxi, sebelum diperiksa dan dikuarantin di kastam.

Ini kali pertama durian segar dari Vietnam memasuki China melalui pelabuhan udara sejak penguatkuasaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Difahamkan, kastam di pelabuhan udara Wuxu telah membuka laluan khas untuk pemeriksaan buah-buahan import, menawarkan perkhidmatan sehenti agar memastikan durian segar kumpulan pertama tersebut dapat lulus kastam secepat mungkin.