Subforum BFA Bincang Internet Generasi Seterusnya

2023-03-31 15:14:07  CRI
Share with:

Sempena sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2023, subforum bertemakan "Internet generasi seterusnya" diadakan semalam, dan para peserta mengadakan perbincangan mendalam tentang trend pembangunan Internet generasi seterusnya serta cara mengembangkan teknologi Internet pada masa hadapan.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, Internet sedang beralih ke generasi seterusnya.

Para peserta subforum tersebut bersetuju bahawa Internet generasi seterusnya mempunyai beberapa trend asas, antaranya pacuan kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, mereka berpendapat, China mempunyai lebih banyak hak bersuara dalam penyusunan piawaian teknologi Internet di persada antarabangsa.