BFA, Platform Komunikasi Penting: Setiausaha Agung ASEAN
Forum Asia Boao (BFA) menyediakan platform komunikasi yang penting kepada pelbagai pihak dan ia amat signifikan bagi pembangunan dunia.
Demikian dikatakan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) pada Khamis.
Atas undangan China, Kao Kim Hourn telah membuat lawatan rasmi ke China, dan menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) pada 24 hingga 29 Mac lalu.
Kao yang kini dalam rangka lawatan di Thailand menyatakan, pembangunan dunia memerlukan pelan China, sementara siri inisiatif anjuran China amat penting bagi pembangunan ASEAN malah dunia.
"Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang memberi sokongan kepada pembinaan prasarana dan mendorong pembangunan serantau, amat dialu-alukan oleh pelbagai pihak berkepentingan.
"Selain itu, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) juga mendpat sambutan baik pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN," ujar beliau.