BFA Tingkatkan Keyakinan Dunia terhadap "Kepastian China"

2023-04-01 15:48:37  CRI
Share with:

Forum Asia Boao (BFA) edisi tahun ini menarik penyertaan lebih 1,500 tokoh politik, industri dan perdagangan, serta wakil kumpulan pemikir dari lebih 50 negara dan wilayah.

Bertemakan "An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development amid Challenges", sidang tahunan kali ini mempunyai makna praktikal dan mencerminkan aspirasi orang ramai terhadap kepastian.

Dalam empat hari sidang itu, banyak peserta asing menzahirkan keyakinan mereka terhadap 'kepastian China'.

Berdasarkan statistik Kementerian Perdagangan China, jumlah penggunaan modal asing di China pada bulan pertama tahun ini merekodkan RMB127.69 bilion (RM82.09 bilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 14.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Antaranya, penggunaan modal asing dalam industri pembuatan berteknologi tinggi menokok 62.8 peratus. Pelaburan modal asing di negara ini sedang beralih ke pengeluaran berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi, dan ini turut memaparkan pembangunan bermutu tinggi yang dinamik di China.

Sejak tahun ini, China memperkenalkan beberapa langkah baharu mengenai keterbukaan. Dari rundingan kerjasama Hainan dan ASEAN dalam pertanian tropika, hingga bersama-sama melancarkan Inisiatif Perkongsian Kawasan Perdagangan Bebas Global; dari mempergiat pembangunan bermutu tinggi Inisiatfi Jalur dan Laluan (BRI), kepada kenaiktarafan ekonomi digital dan hijau, keterbukaan bertaraf tinggi China kian diperkasakan.

Dipandang dari segi makro pula, keyakinan masyarakat antarabangsa adalah berpunca daripada iklim pembangunan yang damai dan stabil di China dan rantau Asia.

Walaupun risiko ketidakpastian bertambah banyak di seluruh dunia, Asia terutamanya China penuh dengan kepastian. Ini bukan sahaja memperkukuh keyakinan syarikat asing untuk kembali, tetapi juga menyuntik keyakinan kepada mereka untuk meneroka pasaran yang lebih besar.