AS Sabotaj Dasar Luar Bebas Honduras

2023-04-01 15:45:31  CRI
Share with:

Kementerian Luar Honduras pada 30 Mac mengumumkan bahawa Presiden Xiomara Castro akan melawat China tidak lama lagi. Pengumuman berita ini hanya empat hari selepas Honduras memutuskan "hubungan diplomatik" dengan pihak berkuasa Taiwan dan menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Padahal, pihak berkuasa Taiwan pimpinan Parti Progresif Demokratik (DPP) sedaya upaya nak menghalang penjalinan ikatan diplomatik antara China dan Honduras, malah meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS).

Pihak berkuasa Taiwan pimpinan DPP itu telah sekian lama bergantung pada "diplomasi wang" untuk memelihara apa yang dipanggil "hubungan diplomatik".

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak skandal "diplomasi wang" yang melibatkan Taiwan didedahkan di Honduras. Kes-kes tersebut melibatkan lebih daripada 20 juta USD.

Pada November 2021, semasa kempen pilihan raya presiden Honduras, Xiomara Castro berjanji bahawa jika menang, beliau akan "memutuskan hubungan diplomatik" dengan pihak berkuasa Taiwan dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

Selepas Castro membuat kenyataan tersebut, Penolong Setiausaha Negara AS, Brian Nichols bergegas ke Honduras, secara terbuka menyatakan bahawa beliau berharap Honduras akan mengekalkan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan.

Pada Januari lalu pula, AS bersama-sama pihak berkuasa Taiwan untuk melancarkan "pelan tiga pihak" untuk "membantu" Honduras.

Pada 15 Mac, Presiden Xiomara Castro secara rasmi menzahirkan keinginan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China. Bekas Senator AS, Christopher Dodd membuat lawatan kecemasan untuk menghalang presiden Castro mengambil tindakan selanjutnya.

Sejak Tsai Ing-wen memegang tampuk pemerintahan tujuh tahun lalu, apa yang dipanggil 'negara yang menjalinkan ikatan diplomatik' dengan pihak berkuasa Taiwan telah berkurang daripada 22 kepada 13.

Semakin banyak negara mengiktiraf prinsip satu China, menyokong penyatuan semula China. Inilah trend perkembangan zaman yang tidak boleh dihalang.