Rundingan Penaiktarafan FTA China-Singapura Dimuktamadkan

2023-04-02 14:59:24  CRI
Share with:

China dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Sabtu, mengumumkan rundingan tentang penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas kedua-dua negara dimuktamadkan.

Perjanjian itu adalah kali pertama China menggunakan model senarai negatif untuk membuat komitmen tentang pembukaan sektor perkhidmatan dan pelaburan dalam amalan perjanjian perdagangan bebas.

Selain itu, kedua-dua negara meningkatkan lagi tahap komitmen terhadap perdagangan perkhidmatan dan pembukaan pelaburan, di samping menambah bab membabitkan telekomunikasi, serta memasukkan peraturan ekonomi dan perdagangan bertaraf tinggi meliputi layanan kerakyatan, akses pasaran, ketelusan, dan ekonomi digital.