Kaedah Penyelesaian Boao Jadi Sandaran Dalam Ketidaktentuan Dunia

2023-04-03 15:31:48  CRI
Share with:

Sidang tahunan 2023 Forum Asia Boao (BFA) secara rasminya melabuhkan tirainya di provinsi Hainan, China pada minggu lalu.

 

Pengerusi Lembaga Pengarah BFA, Ban Ki-moon menyifatkan tema forum tersebut iaitu 'An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development amid Challenges' sebagai tepat pada masanya.

 

Namun, beliau berkata bahawa masyarakat dunia menyatakan ketika ini menjalani kehidupan dalam keadaan yang tidak menentu, selain menghadapi kecenderungan perpecahan dari sudut ideologi, politik atau bidang lain.

 

“Kita mempunyai terlalu banyak perbezaan hingga tidak menyedari cabaran yang mesti kita hadapi pada zaman ini.

 

“Perubahan iklim merupakan masalah utama berikutan berlakunya banyak malapetaka iklim seperti hujan lebat, kebakaran hutan, kemarau jangka masa panjang wujud di kawasan selatan padang pasir Sahara.

 

“Maka, kita mesti berhati-hati dan bersatu-padu untuk mengatasi krisis tersebut dan ini juga adalah faktor utama BFA disifatkan sebagai penting,” ujar Ban.

 

Beliau berkata demikian ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG), pada Sabtu.

 

Ban berkata, penubuhan BFA pada lebih 20 tahun yang laluadalah bertujuan untuk menggalakkan kewujudkan integarasi ekonomi Asia.

 

“Selepas 20 tahun berlalu, keseluruhan dunia sedang mengalami perubahan.

 

“BFA diharap bukan sahaja menyentuh masalah di rantau Asia, malah juga membincangkan masalah sedunia berikutan peri pentingnya perspektif global tentang mewujdkan dunia yang makmur, damai dan selamat,” tambahnya.

 

Untuk rekod, BFA kali ini dihadiri oleh lebih 2,000 pegawai kanan dari kalangan politik, perniagaan dan kumpulan rakyat serta sarjana untuk menggubal perjanjian pergerakan berkenaan dan menjalankan pertukaran mengenai pandangan, pengetahuan dan pengalaman masing-masing.

 

Ketika menyentuh kaedah membangkitkan multilateralisme pada abad ke-21, Ban menyatakan bahawa beliau sentiasa menggalakkan agar anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB) dan negara anggota PBB bersatu-padu untuk membentuk perspaktif global.

 

“Penyelesaian krisis dan cabaran global boleh diselesaikan dengan baik hanya melalui hubungan rakan sejagat dan perspaktif global.


“China telah memainkan peranan yang amat penting dalam bidang ini,” kata beliau.

 

Ban turut berharap agar China dapat lebih menyumbang dalam menggalakkan multilateralisme.