Kerjasama Saling Menguntungkan Punca Kestabilan dan Kemakmuran Serantau

2023-04-03 16:28:19  CRI
Share with:


China dan Malaysia bersetuju menjalinkan hubungan berkongsi nasib, sementara China-Singapura pula melonjakkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian berorientasikan masa depan seluruh aspek dan bermutu tinggi.

 

Dengan peluang yang disediakan Forum Asia Boao, hubungan China dengan negara-negara ASEAN kini terbukti semakin kukuh.

 

Malaysia merupakan negara ASEAN pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Manakala Singapura ikut serta dalam pembangunan modenisasi ala China dengan sepanjang proses.

 

Di Malaysia, terdapat suara yang mempersoalkan mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih melawat China dulu dan beliau didakwa 'pro-China'.

 

Namun, DSAI menjawab, "Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita perlu memutuskan apa yang terbaik untuk negara. Kita sedar perdagangan kita dari China, dan gembira menjadi jiran yang baik, mesra serta mendapat manfaat daripada kejayaan mereka.”

 

Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China. Ia hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China, di Beijing.

 

Kerjasama yang hanya membawa manfaat kepada sepihak tidak mungkin kekal abadi. China juga mendapat faedah daripada hubungan yang mesra dan perdagangan yang rapat dengan Malaysia.

 

Dari durian Musang King yang kini menjadi simbol durian berkualiti tinggi di China, hingga kilang cip di Muar yang mempu mempengaruhi pengeluaran kereta di China. Kerjasama dengan Malaysia memainkan peranan semakin penting untuk memenuhi keperluan kehidupan rakyat yang semakin meningkat dan juga menjamin keselamatan rantaian bekalan di China.

 

Kehidupan rakyat dan pembangunan lestari diutamakan oleh kerajaan China, juga inti padi dalam Malaysia Madani.

 

Kunjungan DSAI ke Universiti Tsinghua, universiti pengajian sains kejuruteraan tertinggi di China juga memperlihatkan isyarat bahawa kerjasama bilateral lebih memberi tumpuan kepada sains dan teknologi tinggi, termasuk tenaga baharu dan ekonomi digital.

 

Kita juga ternanti-nanti untuk menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Kunming ke Kuala Lumpur untuk mencuba Musang King yang segar.

 


Malah destinasi pertama dalam lawatan PM Singapura, Lee Hsien Loong adalah sebuah syarikat kenderaan tanpa pemandu di Guangzhou. Syarikat tersebut telah memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat pengangkutan awam Singapura untuk memulakan uji cuba operasi kenderaan tanpa pemandu di negara itu.

 

Dari Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura sebagai program kerjasama pertama antara kerajaan China dengan luar negara hingga menyokong syarikat tekonologi tinggi China meneroka pasaran domestik, kerjasama antara Singapura dengan China memang berorientasikan masa depan.

 

China juga menghargai peranan Singapura sebagai jambatan persefahaman antara Timur dengan Barat, dan ia tidak berubah berikutan pembangunan China dan menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia.

 

Kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Malaysia dan Singapura telah memperlihatkan punca kemampanan dan pembangunan rantau ini dalam sitausi antarabangsa yang kurang stabil.

 

Sebaliknya kuasa autoriti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri sahaja pasti sukar untuk mengekalkan persahabatan yang kekal abadi.