Puting Beliung Badai AS Ragut 32 Nyawa

2023-04-03 12:57:01  CRI
Share with:

Angka korban akibat puting beliung yang melanda wilayah selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 32 orang.

Bencana itu turut mengakibatkan kemusnahan banyak rumah dan kerosakan jalan raya, selain bekalan elektrik terputus secara besar-besaran di beberapa negeri.

Dilaporkan, terdapat 11 negeri disahkan atau disyaki terjejas susulan puting beliung yang mula membadai AS pada Jumaat lalu.